Wednesday, November 26, 2008

UNCLE PENIPU BESAR

Pernah satu ketika, dia mendakwa menemui tapak kaki Big Foot. Maka bergegaslah dia mencanangkan keseluruh negara tentang penemuan tersebut hingga mendapat publisiti besar di media.

Lebih kalut apabila mat salleh dari luar negara turut mempercayai omongan ketua paranormal yang tak normal itu, Syed Abdullah (tiada Al-Attas mengikut kad pengenalannya) atau lebih dikenali sebagai Uncleseekers. Akibatnya, mereka bergegas datang ke Malaysia untuk melihat dan sekaligus menyiasat penemuan yang kononnya amat "berharga" itu.

Namun setelah ujikaji dilakukan oleh penyelidik luar negara itu, ternyata tapak kaki tersebut hanyalah palsu atau sengaja diada-adakan. Kini, Mat salleh tersebut 'enggan' kembali untuk melayan karenah uncle gila tersebut kerana sudah mengetahui mereka tertipu dengan cerita karut!


Wajah Uncle auta yang pendendam dan tamak haloba...

Malah cerita mengenai penemuan gila itu juga terus senyap ditelan waktu apabila Uncle sewel itu mencipta cerita lain pula. Kali ini, NTV7 termakan dengan kata manis Uncle yang mewujudkan cerita hantu dalam rancangan Seekers yang dicedok daripada luar negara.




Konon-kononnya inilah penemuan paling hebat..!!




Tapak kaki ciptaan sendiri yang didakwa Big Foot..



Hidup-hidup Mat Salleh ni percaya dengan temberang Syed auta..!!