Tuesday, December 2, 2008

‘Uncle Seekers’ direman kes menyamar polis

IMBASAN 2006..

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan setelah dikatakan menyamar sebagai anggota polis.

Majistret Manira Mohd. Nor mengeluarkan perintah terhadap Syed Abdullah, 46, yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers supaya ditahan sehingga 22 Oktober ini untuk disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.





Mengikut seksyen itu, seseorang boleh ditahan tanpa waran dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda ataupun kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Memetik laporan akhbar hari ini, Syed Abdullah ditahan di rumahnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pukul 6 petang semalam. Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk disoal siasat.





Isnin lalu, Syed Abdullah mengetuai kumpulan Seekers mendedahkan dalam akhbar KOSMO! mengenai penipuan ‘Ustaz’ yang mendakwa dapat menyembuhkan penyakit dengan kuasa ‘kebatinan’ yang dimilikinya.

Sebelum ini kumpulan Seekers juga aktif mengkaji fenomena aneh termasuk ‘bigfoot’ di Johor dan ‘jenglot’ di Pameran Alam Misteri di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya (UM).

.